Taburan Geografi Orang Tamil

Tamil India

Hampir keseluruhan orang Tamil India tinggal di Tamil Nadu. Orang Tamil juga merupakan etnik majoriti di Wilayah Kesatuan Puducherry, bekas koloni Perancis tetapi kini di bawah pemerintahan India. Selain itu satu perenam penduduk Kepulauan Andaman dan Nicobar adalah etnik Tamil.Orang Tamil juga boleh didapati di bahagian-bahagian lain India seperti di negeri Karnataka (2.9juta), Maharashtra (1.4 juta), Andhra Pradesh (1.2 juta), Kerala (0.6 juta) dan Delhi (0.1 juta)[8]

Orang Tamil Sri Langka

Orang Tamil di Sri Langka boleh dibahagi kepada dua iaitu Tamil Sri Langka dan Orang Tamil dari India. Kebanyakan orang Tamil Sri Langka tinggal di utara dan timur Sri Langka serta di Bandaraya Colombo.

Diaspora Tamil

Lihat Juga: Diaspora Tamil

Diaspora Tamil adalah kumpulan demografi orang Tamil India atau Sri Lanka yang telah menetap di bahagian-bahagian lain di dunia. Populasi diaspora Tamil boleh didapati di Malaysia, Singapura, Indonesia, Tebing Barat , RĂ©union, Afrika Selatan, Mauritius, Seychelles, Fiji, Guyana, Burma, Trinidad and Tobago, Perancis, Europe, Australia, kanada dan Amerika Syarikat. Semanjak kurun ke-18, Orang Tamil dibawa hijrah ke Empayar British lain sebagai buruh kasar dan pegawai kerajaan. Selain itu, ahli perniaga Tamil juga berhijrah ke Afrika Timur dan Myanmar. Rakyat Tamil di Singapura dianggap etnik tamil yang paling berjaya. Salah satu contoh ialah kejayaan menjadikan Bahasa Tamil sebagai bahasa rasmi negara tersebut walaupun hanya 4.2% rakyat Singapura fasih berbahasa Tamil. Kini, banyak golongan profersional etnik Tamil, khususnya pakar IT telah berhijrah ke Eropah dan Amerika Syarikat

Rujukan

WikiPedia: Orang Tamil http://www.ethnologue.com/show_language.asp?code=t... http://www.flonnet.com/fl1816/18160950.htm http://www.hindu.com/2005/02/17/stories/2005021704... http://ces.iisc.ernet.in/hpg/cesmg/peopling.html http://www.censusindia.gov.in/Census_Data_2001/Cen... http://www.statistics.gov.lk/PopHouSat/CPH2011/ind... http://www.tamilnation.org/hundredtamils/index.htm http://www.singstat.gov.sg/publications/publicatio... https://www.cia.gov/library/publications/the-world... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Tamils...